Kampung Felda Pasak tetap menikmati kemudahan asas serba lengkap yang disediakan oleh kerajaan. Segala kemudahan asas yang ada sangat diperlukan seperti air bersih, elektrik dan komunikasi adalah memuaskan dan dinikmati oleh seluruh penduduk. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh berkomunikasi dengan selesa melalui talian telefon tetap atau mudah alih dengan liputan yang meluas. Kemudahan jalan raya yang berturap meliputi hampir ke seluruh kawasan kampung yang boleh digunakan oleh kenderaan berat dan juga ringan. Jika ingin ke kawasan bandar atau pekan, mereka boleh menggunakan perkhidmatan bas awam yang lalu lalang di kawasan kampung. Jarak Kampung Felda Pasak ke Bandar Kota Tinggi di anggarkan sejauh 12km.
Kemudahan lain yang terdapat di Kampung Felda Pasak merangkumi kemudahan-kemudahan guna sama dan juga perkhidmatan seperti sekolah kebangsaan dan klinik desa. Klinik Desa dan Sekolah Kebangsaan Tun Dr Syed Nasir adalah kemudahan yang di gunakan kepada 2 penempatan utama iaitu Kampung Felda Pasak dan Taman Pasak Indah, Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti bilik darjah, kantin, tandas, bilik guru, pejabat sekolah, padang sekolah dan sebagainya.. Aktiviti yang sering kali mereka lakukan ialah sambutan Hari Kebangsaan, Hari Guru, Maal Hijrah, Maulidur Rasul, bacaan Yasin, solat hajat, bulan membaca dan sebagainya. Seramai 40 orang guru ditugaskan untuk membimbing pelajar-pelajar sekolah ini.
PUSAT PEMBUNGKUSAN MAKANAN SETEMPAT(SAWARI)
PADANG FUTSAL
TAMAN PERMAINAN
PADANG AWAM