download 1

PERANAN institusi kesihatan seperti Klinik Kesihatan Desa amat penting dalam meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Ini kerana institusi itu berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah.Tugas terkini Jururawat Masyarakat termasuk penjagaan kesihatan warga tua dan keperluan khas kanak-kanak istimewa selain program khas yang diperkenalkan bagi meningkatkan tahap kesihatan individu dan keluarga.

Jururawat Masyarakat yang bertugas di Klinik Kesihatan atau Klinik Desa memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej kesihatan kepada penduduk di tempat mereka bertugas.Oleh itu, tidak boleh dinafikan bahawa peranan mereka dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk di bawah jagaan mereka amat berat dan mencabar.

 Klinik Desa Pasak (Felda)

Felda Pasak

Kota Tinggi

81900 Kota Tinggi

Johor


Tel: 07-8932951