1305251723593
1. APA ITU IKS?

IKS ini merupakan industri yang bertaraf tempatan. Skala operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. Mengikut SMIDEC sebuah syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi RM 25 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.

ยท INDUSTRI kecil dan sederhana (IKS) berfungsi penting mengukuhkan asas industri negara. Sebagai mukadimah kepada negara industri dan mengelak pergantungan kepada sensitiviti ekonomi global, IKS perlu dimajukan secara bersepadu dan menyeluruh, apa lagi dalam hubungan pengukuhan ekonomi jangka panjang.


2. PERANAN DAN SUMBANGAN IKS


Menjadi teras proses perindustrian negara
Menjadi penyokong serta pelengkap kepada pembangunan sektor perindustrian.
Meningkatkan daya saing negara.
Pada keseluruhannya, IKS memainkan peranan yang penting dan mencapai Wawasan 2020.

Aktiviti keusahawan yang terdapat di Felda Pasak terutamanya IKS banyak diusahakan di premis sendiri iaitu menggunakan lot-lot kedai ataupun beroperasi dari rumah .Bagi memastikan perniagaan diteruskan dengan peningkatan kos pengeluaran dan permintaan ,penambahan  modal dan pinjaman diberikan kepada pengusaha IKS untuk menigkatkan pengeluaran seterusnya menambah pendapatan.  Ini dibantu oleh bantuan dari beberapa Agensi seperti Felda,Amanah Ikhtiar Malaysia,Jabatan Pertanian,FAMA bagi meningkat perniagaan yang terdapat di Felda Pasak.Secara tidak langsung ia memberi peluang pekerjaan serta meningkat taraf ekonomi masyarakat setempat.

SAWARI juga ditubuhkan bagi membantu usahawan IKS mempromosikan seterusnya memasarkan produk mereka ke kawasan sekitar seterusnya ke luar negara dengan di bantu oleh FELDA .

 

 

edited by admin 12/5/2017