KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN- Q4 2019 SALWA HANNI (DeShoppe Kak wa)

NAMA

: NORSALWAH BINTI SALIM

UMUR

: 42 TAHUN

AHLI

: 2009

Latar Belakang

Merupakan peniaga surprise delivery bonquet yang telah bertapak sejak tahun 2010. Premis perniagaan beliau juga menjual serunding halia dan minyak wangi jenama Dexandra.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit. Malah ramai yang kurang mengetahui perniagaannya itu kerana beliau menjual hanya di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih luas.. Kini Perniagaan semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi/ iklan di media sosial seperti facebook dan Shoppe.