KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN- SALWA HANNI (DeShoppe Kak wa)

NAMA

: NORSALWAH BINTI SALIM

UMUR

: 42 TAHUN

AHLI

: 2009

Latar Belakang

Merupakan peniaga surprise delivery bonquet yang telah bertapak sejak tahun 2010. Premis perniagaan beliau juga menjual serunding halia dan minyak wangi jenama Dexandra.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan NADI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit. Malah ramai yang kurang mengetahui perniagaannya itu kerana beliau menjual hanya di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan NADI

Membantu menjana ekonomi dan mempromosikan perniagaan dengan lebih luas.. Kini Perniagaan semakin mendapat sambutan kerana beliau kerap membuat promosi/ iklan di media sosial seperti facebook dan Shoppe.

NAMA

: WENDAWANI BINTI DARJI

UMUR

: 38 TAHUN

AHLI

: JANUARI 2019

Latar belakang

Menjalankan perniagaan menjual aiskrim Malaysia dirumah. Pada mulanya beliau hanya suka-suka sahaja menjalankan perniagaan ini tetapi ia menjadi pendapatan sampingan ketika pandemik covid-19.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan makananya hanya diketahui oleh jiran-jiran dan saudara mara sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan aiskrim Malaysia yang telah dijalankan mendapat sambutan dan aiskrim Malaysia beliau telah mendapat banyak tempahan dari orng sekitar Felda Pasak dan Luar Felda Pasak, Beliau juga memberi perkhidmatan penghantaran percuma di sekitar Felda Pasak.

NAMA

: HALIMAH BINTI MUHAMMED

UMUR

: 54 TAHUN

AHLI

: FEBRUARI 2014

Latar belakang

Seorang wanita surirumah sepenuh masa dan telah menjalankan perniagaan Kek Marble dan Kek Pisang pada awal Mei 2020 namun hanya sekadar kecil-kecilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit dan kurang memberangsangkan kerana kurang terdedah dengan medium media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet dan mengkuti beberapa kelas dan sesi bersama usahawan Berjaya, beliau dapat mempromosikan kek marble dan kek pisang di seluruh Kota Tinggi dan banyak mempromosikan perniagaan beliau melalui group whatsapp dan Group Kota Tinggi di platform Facebook.

NAMA : MUHAMMAD KHAIRUL AZIM BIN  ALI
UMUR : 24 TAHUN
AHLI : 2020

Latar belakang

Merupakan seorang lelaki yang bekerja tetapi ingin meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan Microsoft Office

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mahir menggunakan komputer dan kurang pengetahuan tentang Microsoft Office serta fungsinya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sudah tahu cara menggunakan Microsoft Office terutama dalam penggunaan Words, semakin pantas menaip dalam menyelesaikan tugasan yang diberi. Selain itu, beliau juga boleh menggunakan email dengan baik

NAMA

: MAZNAH BINTI KAMSAI

UMUR

: 47 TAHUN

AHLI

: NOV 2015

Latar belakang

Seorang wanita yang berkerja di syarikat swasta yang telah ditamatkan kontrak akibat COVID 19 telah mengambil keputusan untuk berniaga roti segera dan memulakan perniagaan roti vanai segeranya yang diberi nama MZ Roti Canai Dhiyafyra tetapi beliau memfokuskan kepada roti canai segera Boom.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi berkenaan perniagaan agak sedikit dan kurang memberangsangkan kerana kurang terdedah dengan medium media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet dan mengkuti beberapa kelas dan sesi bersama usahawan Berjaya, beliau mendapat ideai untuk menjalankan perniagaan roti canai segera dan mengubah konsep kepada roti Boom segera.